Sorotan Perjuangan Nasionalisme Melayu Mengikut Perspektiif Islam [A Review of The Malay Nationalism Struggle in Islamic Perspective]

Authors

  • Hafizuddin Sham Shul Bahri Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
  • Razali Musa Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

Keywords:

Nationalism,, Malay, Islam.

Abstract

Abstrak: Nasionalisme merupakan ideologi yang mementingkan kedudukan bangsa dengan memupuk kecintaan terhadap tanah air dan bangsa. Semangat perjuangan nasionalisme muncul di Eropah dan berkembang ke seluruh dunia. Manakala di Malaysia, nasionalisme telah menjadi satu unsur yang penting dalam perjuangan menentang penjajah. Setelah memperolehi kemerdekaan, nasionalisme tetap berfungsi menjadi sumber identiti bagi masyarakat di Malaysia. Perjuangan memartabatkan sesuatu bangsa seringkali dianggap sebagai perjuangan asabiyah yang dilarang dalam Islam. Termasuk juga perjuangan nasionalisme Melayu. Artikel ini bertujuan menganalisis sejarah perjuangan nasionalisme Melayu dari sudut pandang Islam. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan sepenuhnya. Hasil kajian mendapati nasionalisme Melayu tidak terlepas dari pengaruh Islam, bahkan Islam telah dijadikan sumber kekuatan dalam nasionalisme Melayu demi memelihara perpaduan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Malah perlembagaan telah menetapkan Melayu itu adalah Islam. Ia adalah berbeza dengan takrifan Barat yang hanya mementingkan pembelaan terhadap satu bangsa. Ini jelas menunjukkan bahawa nasionalisme Melayu telah dipandu dengan ajaran Islam yang telah sekian lama dianuti oleh bangsa Melayu. Maka nasionalisme Melayu amatlah penting untuk dipelihara dan dipupuk dalam diri masyarakat, kerana ia bertepatan dengan saranan dan ajaran Islam yang menganjurkan perpaduan dan persaudaraan.

 

Kata kunci: Nasionalisme, Melayu, Islam.

 

Abstract: Nationalism is ideology that cares about the nation by fostering demand for the homeland and nation.  The spirit of struggle of nationalism emerged in Europe also spread throughout the world.  While in Malaysia, nationalism has become insignificant one in the struggle for colonialism. After independence, nationalism still serves as a source of identity for society in Malaysia.  The struggle to elevate a nation is often used as asabiyah struggle which is forbidden in Islam.  Also included Malay nationalist struggle.  This article analyzes the history of the Malay nationalist struggle from the perspective of Islam.  This studies uses complete library research method.  Results of study for Malay nationalism is inseparable from the influence of Islam, but Islam has a source of strength in Malay nationalism in order to preserve unity in multiracial society in Malaysia.  In fact, the constitution has set all Malays are Muslims.  It is in contrast to the Western definition which is only concerned with the defense of one nation. This clearly shows that Malay nationalism has been guided by the teachings of Islam that has been long practiced by the Malays.  Then, Malay nationalism it is important to be preserved and developed in the community, because it coincides with the recommendations and Islamic teachings that reveal the unity and brotherhood.

 

Keywords: Nationalism, Malay, Islam.

Downloads

Published

2021-08-23