Kesalahan Ortografi dan Implikasinya dalam Penulisan Esei Berpandu dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam Bukan Penutur Arab: Satu Kajian di Universiti Sains Islam Malaysia [Ortographical Errors and Its Implication in Directed Essay Writing among Public U

Authors

  • Azlan Shaiful Baharum Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Ortografical Errors,, Implication,, Directed Essay Writing, Non-Arabic Students, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Abstrak: Sejak dahulu, para pelajar banyak melakukan kesalahan ejaan terutama ketika menulis esei bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan ortografi dalam penulisan berpandu oleh pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi (SMBaK), Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM. Sampel kajian ini terdiri daripada 33 orang pelajar melalui kaedah persampelan rawak. Mereka diminta untuk menulis satu esei berpandu. Dari penulisan tersebut pengkaji mencari kesalahan mereka dan membilang kekerapan kesalahan tersebut. Kajian ini juga turut menyenaraikan contoh kesalahan yang dilakukan serta cadangan pembetulan bagi setiap kesalahan. Kajian ini juga diharap dapat membantu dalam mengemukakan beberapa cara mengatasi masalah kesalahan bahasa terutama aspek ortografi. Ia juga menjadi panduan kepada tenaga pengajar dalam bidang ini terutama dalam aspek penulisan esei. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan yang diadaptasi daripada metod analisis kesalahan bahasa oleh Aly Ahmed Madkour (2006). Kajian mendapati kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah penggunaan Hamzah Wasl dan Qath’. Akhirnya, kajian menyarankan supaya tenaga pengajar perlu memainkan peranan yang penting dalam melatih para pelajar untuk mengelakkan kesalahan yang dilakukan berulang setiap kali mereka menulis esei.

Kata kunci: Kesalahan Ortografi, Implikasi, Penulisan Esei Berpandu, Pelajar Bukan Penutur Arab, Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Abstract: This research aims to identify ortografical errors in directed essay written by the bachelor of Arabic and Communication students (SMBaK), Faculty of Major Language Studies USIM. The samples consist of 33 students selected by random sampling method. They are requested to write an essay. From the essay, the reasearchers find their errors and analyze the frequencies. Besides that the errors has been listed out as examples in this research. It is hoped that the research also helping them by giving some suggestions to solve the errors problem. It will be a reference to the teachers in essay writing. Besides that, this research uses the error analysis methodology adapted from Aly Ahmed Madkour (2006).  The research, concluded that the usage of Hamzah Wasl dan Qath’ is the highest errors in the frequent list. Finally, the research suggested that teachers should play an important role to to avoid the errors repeat every time when they write an essay.

Keywords: Ortografical Errors, Implication, Directed Essay Writng, Non-Arabic Students, Universiti Sains Islam Malaysia

Downloads

Published

2021-07-02