Keterangan Pakar Pengubatan Islam sebagai Pendapat Pakar bagi kes melibatkan Sihir di Mahkamah Syariah [Evidence Of Islamic Medical Experts As Expert Opinions For Cases Involving Magic In Syariah Courts].

Authors

  • Muna Hamzan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
  • Wan Khairul Firdaus Wan Khairuldin Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
  • Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

Keywords:

Expert Evidence, Islamic Medicine Specialist, Magic,, Syariah Court, Syariah Court Evidence Enactment.

Abstract

Abstrak: Keterangan pakar merupakan salah satu kaedah pembuktian yang diiktiraf dalam fiqh jinayah Islam. Peruntukan Akta atau Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah negeri-negeri turut memperuntukan secara khusus berkaitan pendapat pakar seperti pakar perubatan dan pakar forensik. Namun, pemakaian pendapat pakar pengubatan Islam di Mahkamah Syariah masih tidak digunapakai bagi kes jenayah sihir disebabkan oleh tiada peruntukan khusus yang diberikan bahkan pendekatan hakim yang kurang jelas untuk menggunapakai bentuk keterangan ini dalam memutuskan sesuatu kes jenayah sihir di Mahkamah Syariah. Selain itu, tidak wujudnya satu tatacara yang jelas sebagai panduan menerima pakai keterangan pakar pengubatan Islam di Mahkamah Syariah dan seterusnya akan menyebabkan seseorang yang dianggap pakar itu sukar dinilai. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk mencadangkan tatacara atau garis panduan keterangan pakar pengubatan Islam di mahkamah Syariah. Kajian ini juga akan mengupas pendapat pakar sebagai keterangan relevan, konsep keterangan pendapat pakar dengan memberikan definisi pendapat pakar pada perspektif Islam. Kemudian, pengkaji akan menghuraikan secara umum berkaitan peruntukan pendapat pakar yang termaktub dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Kelantan 2002. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis kaedah pembuktian elemen sihir di mahkamah Syariah melalui keterangan pakar pengubatan Islam. Hasil penilaian ini mendapati pemakaian keterangan pakar pengubatan Islam wajar dilaksanakan bagi kes jenayah sihir di Mahkamah Syariah dengan menggunapakai peruntukan enakmen sedia ada dan hanya perlu diperincikan bentuk-bentuk dan ruang lingkup keterangan pakar serta dilakukan beberapa penambahbaikan. Justeru, pengiktirafan keterangan pakar pengubatan Islam di Mahkamah Syariah serta kewujudan prosedur khusus dalam pemakaiannya mampu membantu meningkatkan tahap beban pembuktian dalam menyelesaikan kes jenayah sihir di Mahkamah Syariah.

Kata kunci: Keterangan Pakar, Pakar Pengubatan Islam, Sihir, Mahkamah Syariah, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah

 

Abstract: Expert testimony is one of the methods of proof recognized in Islamic criminal jurisprudence. Provisions of the Act or the Evidence Enactment of the Syariah Courts of the states also provide specifically related to the opinions of experts such as medical experts and forensic experts. However, the application of the opinion of Islamic medical experts in the Syariah Court is still not applicable for cases of witchcraft crime due to no specific provisions given and even the judge's unclear approach to use this form of evidence in deciding a witchcraft crime case in the Syariah Court. In addition, the absence of a clear procedure as a guide to adopt the testimony of an Islamic medical expert in the Syariah Court and in turn will make a person who is considered an expert difficult to assess. Therefore, the main objective of this study is to propose the procedure or guidelines of the testimony of Islamic medical experts in Syariah courts. This study will also parse expert opinion as relevant evidence, the concept of expert opinion evidence by providing a definition of expert opinion on Islamic perspective. Then, the researcher will elaborate in general terms on the provisions of expert opinion enshrined in the Evidence Enactment of the Kelantan Syariah Court 2002. In addition, this study aims to analyse the method of proving the elements of magic in Syariah courts through the testimony of Islamic medical experts. The results of this evaluation found that the use of Islamic medical expert testimony should be implemented for cases of witchcraft crimes in the Syariah Court by applying the provisions of the existing enactment and only need to detail the forms and scope of expert testimony and make some improvements. Thus, the recognition of the testimony of Islamic medical experts in the Syariah Court as well as the existence of specific procedures in its application can help increase the level of burden of proof in resolving cases of witchcraft crimes in the Syariah Court.

Keywords: Expert Evidence, Islamic Medicine Specialist, Magic, Syariah Court, Syariah Court Evidence Enactment.

Downloads

Published

2021-06-24