Manfaat Ar-Rahnu kepada Pembangunan Usahawan Kecil [The Benefits of Ar-Rahnu to The Development of Small Entrepreneurship].

Authors

  • Salimah Yahaya niversiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun

Keywords:

Ar-Rahnu, Islamic pawnshop,, small entrepreneur

Abstract

Abstrak: Isu paling utama yang sering dihadapi oleh usahawan ialah kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan modal sama ada pembiayaan secara Islam mahupun konvensional. Justeru, Ar-Rahnu boleh menjadi antara salah satu alternatif terbaik bagi usahawan terutamanya usahawan kecil untuk mendapatkan pembiayaan modal secara halal, mudah dan cepat. Oleh itu, artikel ini dilaksanakan untuk menjawab dua persoalan utama iaitu pertama, apakah isu dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh usahawan kecil untuk mendapatkan pembiayaan modal untuk perniagaan? Kedua, apakah manfaat Ar-Rahnu kepada pembangunan usahawan? Artikel ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dan mengguna pakai kaedah pengumpulan data sekunder yang diperoleh melalui kajian dokumen untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Maklumat yang diperoleh daripada tesis, jurnal, buku, laporan penyelidikan, kertas kerja, prosiding dan laman sesawang, kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara keseluruhannya, isu dan cabaran kewangan yang dihadapi oleh usahawan kecil menjadikan Ar-Rahnu sebagai alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah kesukaran mendapatkan modal yang dihadapi oleh usahawan kecil. Namun begitu, penerimaan usahawan yang masih rendah terhadap Ar-Rahnu perlu dikenal pasti dan diatasi. Rentetan itu, satu kajian menyeluruh berkaitan tahap penerimaan usahawan kecil terhadap Ar-Rahnu perlu dilakukan pada masa hadapan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kekangan kewangan yang dihadapi.

 

Kata kunci: Ar-Rahnu, pajak gadai Islam, usahawan kecil.

 

Abstract: The main issue often encountered by entrepreneurs is the difficulty of obtaining capital financing whether Islamic or conventional financing. Therefore, Ar-Rahnu can be one of the best alternatives for entrepreneurs especially small entrepreneurs to obtain capital financing which is halal, easy and fast. This article presents two key questions along with answers to the real problems and challenges encountered by small entrepreneurs in obtaining capital financing for businesses and the importance of Ar-Rahnu towards entrepreneurial development. Secondary data collection methods were used through document surveys to obtain relevant information. Overall, the financial problems and challenges encountered by small entrepreneurs make Ar-Rahnu the best alternative to solve the difficulty in obtaining capital. However, entrepreneurial acceptance of Ar-Rahnu which is still low needs to be identified and addressed. Therefore, a comprehensive study on the acceptance level of small entrepreneurs towards Ar-Rahnu needs to be performed in the future to seek solutions to the financial constraints.

 

Keywords: Ar-Rahnu, Islamic pawnshop, small entrepreneur

Downloads

Published

2021-06-16