PENERAPAN ELEMEN NILAI MURNI DAN ETIKA DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH [THE APPLICATION OF ELEMENTS OF MORAL VALUES AND ETHICS IN 21ST CENTURY LEARNING AMONG PRIMARY SCHOOL ISLAMIC EDUCATION TEACHERS]

Authors

  • Siti Khadijah Mohd Kamal Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd. Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Nilai Murni dan Etika , Pak-21, Guru Pendidikan Islam, Moral Values and ethics, Pak-21, Islamic education teachers

Abstract

Abstrak: Nilai murni dan etika merupakan salah satu elemen yang perlu diterap dalam sesi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bagi mendepani cabaran abad ke-21. Masalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang melibatkan pelajar muslim sering dikaitkan dengan keberkesanan dan peranan guru Pendidikan Islam (GPI). Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat perspektif guru Pendidikan Islam dalam penerapan elemen nilai murni dan etika dalam pembelajaran abad ke-21 (Pak21). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bersama empat orang GPI bagi menghasilkan dapatan kajian. Hasil temu bual mendapati kesemua GPI berpendapat penerapan elemen nilai murni dan etika sangat penting untuk diterapkan kepada pelajar dan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan yang bersesuai dengan Pak21 dalam menerapakan elemen nilai murni dan etika kepada pelajar. Hasil kajian juga mengenal pasti beberapa cabaran yang dihadapi oleh GPI dalam melaksanakannya. Hasil kajian ini diharap dapat membantu para pengajar menilai dan meningkatkan tahap pelaksanaan penerapan elemen nilai murni dan etika disamping memberi input kepada masyarakat akan cabaran yang dihadapi  para GPI dalam membentuk sahsiah pelajar.

Abstract: Moral values and ethics are one of the elements that need to be inculcated in the 21st century learning session (PAK21) to face the challenges of the 21st century. The problem of moral decay is the social symptoms of muslim students who are often associated with the effectiveness and role of Islamic education teachers (GPI). Therefore, this study aims to looking at the perspective of Islamic education teachers  in the application of moral values and ethics in  to 21st century learning (Pak21) . This study is qualitative by using the method of interviews with four GPI to produce research findings. The results of the interviews found that all GPI think that the application of moral values and ethics is very important to be applied  to students and use several methods and approaches that are appropriate to Pak21 in applying the elements of moral values and ethics to students. The result also identified some of the challenges faced by GPI in implementing them. The results of this study are expected to assist educators to evaluate and improve the level of implementation of the application of moral values and ethics as well as provide input to the community on the challenges faced by GPI in shaping the students’ personalities.

Downloads

Published

2021-09-11