TAZKIYAH AL-NAFS SEORANG PENGEMBARA AHLI AKADEMIK DALAM TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN KARYA MUHD KAMIL IBRAHIM [TAZKIYAH AL-NAFS AN ACADEMIC TRAVELER IN TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN BY MUHD KAMIL IBRAHIM]

Authors

  • Nurul Zafirah Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Firuz Akhtar Lubis Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

travelog haji, kembara, tazkiyah al-Nafs, penyucian jiwa, Muhd Kamil Ibrahim, hajj travelogue, travel, tazkiyah al-Nafs, self- purification, Muhd Kamil Ibrahim

Abstract

Abstrak: Kajian ini membincangkan konsep tazkiyah al-Nafs menerusi karya kembara Muhd Kamil Ibrahim berjudul Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Muhd Kamil Ibrahim merupakan seorang Profesor Perakaunan yang kini berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School. Beliau bukan sahaja hebat dalam bidang perakaunan, malah berkebolehan tinggi dalam bidang penulisan ilmiah mahupun umum. Salah satu daripada hasil penulisan umum beliau, sebuah travelog telah menjadi fenomena dan pernah menduduki carta jualan buku paling laris. Travelog ini berkisarkan penghijrahan beliau dari seorang yang jahil dalam ilmu agama berubah kepada seorang Muslim yang lebih baik. Ia juga memperlihatkan kesungguhan beliau menyempurnakan penghijrahannya dengan menunaikan ibadat haji. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis proses tazkiyah al-Nafs yang dihadapi oleh penulis travelog ini menurut persepktif al-Muhasibi yang memfokuskan kepada proses dalam langkah pencegahan (al-Wiqayah). Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual. Hasil dapatan kajian mendapati kerendahan ego dan ketinggian estim-diri diperlukan dalam menjayakan proses tazkiyah al-Nafs khususnya bagi golongan berstatus tinggi.

Abstract: This study discusses the concept of tazkiyah al-Nafs through Muhd Kamil Ibrahim's travel narrative entitled Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Muhd Kamil Ibrahim is an accounting professor who currently works at Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School. He is not only great in the field of accounting, but also highly competent in the field of scholarly and general writing. One of his general writing, a travelogue has become a phenomenon and was listed in the best-selling book sales chart. This travelogue revolves around his migration from an ignorant person in religious knowledge to a better Muslim. It also shows his determination to complete his migration by performing the pilgrimage. This study aims to analyze the author’s process of tazkiyah al-Nafs according to the perspective of Al-Muhasibi which focuses on the process in preventive measures (al-Wiqayah). This qualitative study applies the content analysis and interview methods. The study finds that low ego and high self-esteem are needed in the success of tazkiyah al-Nafs process, especially for those with high life status

Downloads

Published

2021-03-31