PERKEMBANGAN ISLAMISASI ILMU SAINS DAN USAHA PENGAPLIKASIANNYA DI MALAYSIA [THE DEVELOPMENT OF THE ISLAMIZATION OF SCIENCE AND IT APPLICATION EFFORTS IN MALAYSIA]

Authors

  • Siti Aisyah Ibrahim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurul Sakinah Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khadijah Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Islamisasi, islamisasi ilmu sains, perkembangan islamisasi, sains, pendidikan, Islamization, Islamization of science, development of Islamization, science, education

Abstract

Abstrak: Perkembangan islamisasi ilmu sains kini semakin berkembang di Malaysia. Namun begitu, pengaplikasian ilmu ini di peringkat industri masih lagi perlu dipertingkatkan demi perkembangan Islam dan ummah. Oleh itu, kajian dalam arikel ini bertujuan bagi memperkenalkan perkembangan Islamisasi ilmu sains kini dimana perkembangan ilmu ini penting bagi melahirkan individu atau generasi yang berpotensi secara menyeluruh selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan individu yang berkualiti dan berpotensi serta seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani. Perkembangan islamisasi ilmu sains di Malaysia kini bukan sahaja berkembang di peringkat tinggi malah pengislamisasi ilmu sains turut dilaksanakan di peringkat rendah iaitu di peringkat sekolah menengah dan rendah. Justeru itu, artikel ini membincangkan perkembangan islamisasi ilmu sains di setiap peringkat pengajian iaitu peringkat pengajian sekolah rendah dan menengah serta pengajian tinggi secara relatif. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif iaitu dilakukan secara analisis kepustakaan dengan mengambil kaedah analisis dokumen. Di akhir kajian ini juga telah dinyatakan usaha-usaha terhadap pengaplikasian islamisasi ilmu sains yang turut berkembang di Malaysia kini. Selain itu, cadangan dalam usaha memperkenalkan islamisasi ilmu dalam pelbagai bidang pendidikan turut dinyatakan di akhir penulisan.

Abstract: The development of the Islamization of science is now growing in Malaysia. However, the application of this knowledge at the industrial level still needs to be improved for the development of Islam and the ummah. Therefore, the study in this article aims to introduce the development of Islamization of science now where the development of this knowledge is important to produce individuals or generations with comprehensive potential in line with the goals of the National Education Philosophy in producing quality and potential individuals and balanced in terms of spiritual, intellectual, emotional and physical. The development of the Islamization of science in Malaysia is now not only growing at the high level but also the Islamization of science is also implemented at the primary level, namely at the secondary and primary school levels. Therefore, this article discusses the development of the Islamization of science at each level of education, namely the level of primary and secondary school education as well as higher education relatively. This study is a qualitative study that is done by library analysis by taking the method of document analysis. At the end of this study, efforts are also stated on the application of the Islamization of science which is also developing in Malaysia today. In addition, suggestions in an effort to introduce the Islamization of knowledge in various fields of education are also stated at the end of the writing.

Downloads

Published

2021-06-30