KAJIAN NARATIF FASA KEHIDUPAN ABU AL-HASAN AL-ASH’ARI (260H-324H) [NARRATIVE STUDY ON THE LIFE PHASES OF ABU AL-HASAN AL-ASH’ARI (260H-324H)]]

Authors

  • Ahmad Arif Zulkefli Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Melaka
  • Muhammad Hafizi Rozali Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Kajian Naratif, Fasa Kehidupan, Abu al-Hasan al-Ash’ari, Narrative study, Life Phases, Abu Al-Hasan Al-Ash’ari

Abstract

Abstrak: Abu al-Hasan al-Ash’ari (260-324H) adalah merupakan seorang tokoh terkemuka dalam mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah abad ke 3 Hijrah. Sintesis penggunaan dalil naqli dan dalil ‘aqli dalam sebuah pendalilan akidah yang diangkat oleh beliau pada abad ketiga Hijrah, telah dijadikan sebagai sebuah metode yang signfikan bagi sumber pendalilan dalam akidah. Sebaris dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang lain, kesarjanaan Abu al-Hasan al-Ash’ari sebagai seorang ilmuan agung tidak dapat disangkalkan lagi. Beliau mendapat pujian dan sanjungan daripada ulama sezaman dengannnya dan para ulama berikutnya hingga ke hari ini. Ketokohan beliau dalam bidang kesarjanaan dapat dilihat dengan karya penulisannya yang banyak dan bernilai sehingga menjadi rujukan para ulama sepanjang zaman. Oleh kerana kehebatan, ketokohan dan keilmuan yang dimiliki, sebuah inisiatif kajian dijalankan untuk membentangkan kesarjanaan Abu al-Hasan al-Ash’ari. Walaupun tidak dinafikan biografi kehidupan serta kesarjanaan beliau telah banyak dibentangkan, namun naratif fasa kehidupan beliau dalam kajian ini diperlukan bagi mengenal pasti pengaruh fasa kehidupannya yang berbeza telah memberikan impak yang sangat besar terhadap kesarjanaan beliau. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan kaedah analisis kandungan dokumen iaitu rujukan ke atas sumber primer (masadir) dan sekunder (maraji’). Kemudian data-data yang diperolehi tersebut dianalisis menggunakan kaedah diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa, ketokohan dan sumbangan besar Abu al-Hasan al-Ash’ari mepertahankan kesucian akidah Islam daripada aliran menyeleweng, mewajarkan beliau diangkat sebagai salah seorang mujaddid kurun ketiga Hijrah

Abstract: Abu al-Hasan al-Ash'ari (260-324H) was a leading figure in the school of Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah in the 3rd century AH. The synthesis of the use of dalil naqli and dalil ‘aqli in a theorem of aqeedah which was adopted by him in the third century AH, has been made a significant method for the source of dalil of aqeedah. Along with other Islamic scholars, Abu al-Hasan al-Ash'ari's scholarship as a great scholar can no longer be denied. He received praise and admiration from the scholars of his time and subsequent scholars to this day. His prowess in the field of scholarship can be seen in his many and valuable writings that have become a reference for scholars throughout the ages. Due to the greatness, prominence and knowledge he possessed, a research initiative was undertaken to present the scholarship of Abu al-Hasan al-Ash’ari. While it is undeniable that his life biography as well as scholarship has been extensively presented, yet the narrative of his life phases in this study is needed to identify the influence of different phases of his life have had a very great impact on his scholarship. This study will use a qualitative approach involving the method of document content analysis that is reference to primary (masadir) and secondary (maraji ') sources. Then the data obtained were analyzed using descriptive methods. The results of the study found that, the greatness and great contribution of Abu al-Hasan al-Ash'ari in defending the purity of the Islamic faith from deviant trends, justifies his appointment as one of the mujaddids of the third century AH.

Downloads

Published

2021-03-31