PENDEKATAN TASAWUF ABU TALIB AL-MAKKI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN REMAJA [ABU TALIB AL-MAKKI'S TASAWUF APPROACH IN DEALING WITH ADOLESCENT DISCIPLINE PROBLEMS]

Authors

  • Abdul Arif Sidi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ab Halim Tamuri Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Remaja bermasalah, pendidik, tasawwuf, Abu Talib al-Makki, Role, Rasulullah leadership, Pandemic, Leadership criteria, Leadership credibility

Abstract

Abstrak: Masalah keruntuhan moral, salah laku  dan disiplin remaja semakin meruncing di dalam masyarakat Malaysia mutakhir ini.  Kajian-kajian lepas berkaitan isu disiplin sebelum ini  telah mengenalpasti punca gejala ini berlaku yang mana dikaitkan dengan beberapa faktor, antaranya pengaruh rakan sebaya, kurang kasih sayang dari ibubapa yang  menjadi contoh terbaik antara satu sama lain dan faktor persekitaran serta faktor dalaman remaja itu sendiri. Justeru, kertas kerja ini akan cuba mengupas sumbangan pemikiran tasawuf Abu Talib al-Makki bagi tujuan mentazkiyah remaja yang bermasalah disiplin dan moral  untuk mencapai tujuan matlamat Falsafah Pendidikan  untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani. Sumbangan Abu Talib al-Makki dalam bidang tasawwuf sangat besar dan wajar diberi perhatian dalam mendidik jiwa dan hati remaja Islam khususnya demi mencapai ‘hubb’ kasih sayang dalam kehidupan seterusnya dapat menghindarkan mereka dari anasir-anasir yang tidak sihat ini. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian teks Qut al-Qulub karangan Abu Talib al-Makki yang lebih menjurus pengaplikasian sembilan maqamat merangkumi taubat, sabar, syukur, raja', khawf, zuhud, tawakkal, redha, dan mahabbah dalam mengisi kekosonga jiwa nurani remaja yang bermasalah. Hasil kajian mendapati bahawa sembilan maqamat yang dianjurkan oleh Abu Talib al-Makki boleh digunakan bagi membantu remaja yang bermasalah disiplin dan moral sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang bermatlamat mewujudkan kemenjadian murid.

Abstract: The problem of moral collapse, misconduct and discipline of teenagers is increasingly becoming more and more problematic in this state-of-the-moment Malaysian society.  Past studies on discipline issues have previously identified the causes of these symptoms which are associated with several factors, such as peer influence, lack of affection from parents who are the best examples of each other and environmental factors as well as the internal factors of youth itself. Hence, this paper will try to parse the contribution of tasawwuf Abu Talib al-Makki thinking for the purpose of mentazkiyah teenagers who are disciplined and morally impaired to achieve the goal of the Philosophy of Education to produce people who are emotionally, spiritually, intellectually and physically balanced. Abu Talib al-Makki's contribution in the field of tasawwuf is very large and should be given attention in educating the souls and hearts of Muslim teenagers especially in order to achieve the 'hubb' of affection in the next life can prevent them from these unhealthy anasir. The methodology of the study is in the form of a study of the text qut al-Qulub by Abu Talib al-Makki which further suggests the application of nine maqamat which include repentance, patience, gratitude, raja', khawf, zuhud, tawakkal, redha, and mahabbah in filling the voidness of the troubled teen's conscience. The results found that the nine maqamat organised by Abu Talib al-Makki can be used to help teenagers with disciplinary and moral problems in accordance with the Ministry of Education's intention to create the creation of pupils

Downloads

Published

2021-03-31